About me

Friday, November 29, 2013

Tadah Tangan


Sehari semalam temankan ibu di hospital,sungguh, beribu perkara saya dapat belajar. Berjalan-jalan ke katil pesakit lain, buat saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Banyak kali juga kita terlupa apa yang kita ada dek sibuk menjengah apa yang orang lain miliki. Astagfirullah..

Tengok orang yang kaki dipotong,saya bersyukur masih punya kaki. Mampu berjalan,berlari,memandu. Terfikir,adakah kaki saya ini digunakan untuk perkara yang baik-baik?

Tengok orang yang tangan berbalut,saya bersyukur masih miliki tangan. Saya renung,pegang,belai tangan saya. Periksa diri sendiri. Betul ke saya dah gunakan tangan saya ni untuk bantu orang,bersedekah tanpa rasa ujub..memberi tanpa rasa bangga? Ya Allah..

Tengok orang yang keras sakitnya..saya benar-benar bersyukur masih ada nyawa..ada nafas yang lancar,jantung yang berfungsi baik, in shaa Allah... Saya periksa diri lagi.. Adakah saya ni gunakan nafas ni sebaik-baiknya? Apa yang saya dah beri? Apa saya dah sumbangkan? Adakah saya ni orang yang memberi manfaat? Allahuakbar.. Banyaknya, terlampau banyak nikmat yang Kau bagi..tapi,kami ini masih leka,masih lalai,masih degil tak mahu baiki ibadah,baiki hubungan sesama kami,masih memberi dengan mengharapkan penghargaan manusia..masih tidak menjaga hati sesama kami,masih tamak.. Astagfirullah..

Dan,di setiap solat,jom la kita sama-sama lama-lama sikit atas sejadah. Jangan nak cepat je habis solat. Jangan nak cepat je baca doa. Sebab kita sebenarnya 'berhutang' dengan Allah. Jangan lupa tu. Tangan tu ada kan? Tadahlah...tadahlah tangan tu...kita sama-sama ya..

#givemanfaatgetsyafaat


Friday, November 8, 2013

Barang Baru! Barang Baru!

Alhamdullillah. Irresistible Rendang Geget hampir menemui kita semua. Sabaaaarrr.. Ramai yang tunggu. Akhirnya, kami dah tiba ke peringkat terakhir sebelum mula menjengah pasaran yang luar biasa. Tunggu lagiiii...penantian satu penyiksaan. Tapi,hasilnya nanti amat berbaloi.... :)


Wednesday, November 6, 2013

Ha...Bertangguhlah Lagi!

Nak cerita ni,jap,jap...doa dulu. Tengah hujan ni.

Ok,sambung. Saya pasti kejadian yang saya nak cerita ni, pernah berlaku pada antara kita.

Cerita satu, malam semalam,suami saya ajak makan di luar. Kedai ni memang sedap la masakannya. Tapi bukanlah nak cerita pasal sedap tak sedap. Suami order nasi putih, tomyam, sayur dan burung puyuh. 

Saya ni sambil-sambil makan,dalam hati dok bercakap, 'nanti jap lagi nak rasa la tomyam dia...'

Tapi,dalam hati je la bercakap,tak terluah pun. Sudahnya, lepas makan,saya pun baru nak capai mangkuk tomyam, tengok-tengok dah ada tisu dalam tu. Frust ke frust? Nampak tak? Silap saya...saya memang dah sedia maklum,jadi habit suami,akan buang tisu dalam pinggan,dan mangkuk tomyam menjadi pilihannya. Sup tomyam masih ada,silap saya sebab hanya bercakap dlm hati. Tak luahkan. Nampak tak? Lambat bertindak a.k.a bertangguh. Plan nak buat,tapi tak buat. Nasib la...

Cerita dua, pagi tadi gas habis. Jadi kami pun ke pekan nak beli gas. Nampak je kedai runcit jual gas,sebab dah terlajak, patutnya boleh je berenti reverse keta sikit,tapi kami decide nak ke kedai depan dulu,beli barang dapur sikit. Kat kedai depan tu,belek-belek sayur,saya tak puas hati. Keluar balik, masuk keta,nak gi kedai gas pulak. Masa terbuang kat kedai sayur,tapi tak beli apa-apa.

Tiba je kat kedai gas tadi,tiba-tiba tutup rapat. Close. Eh,tutup pulak kedai ni? Ke kita silap tengok ya tadi? Taklah. Tadi elok bukak kedai ni. Kejap-kejapan pulak dia tutup. Suami bersuara, 'orang melayu,suka-suka bukak,suka-suka tutup'.. Saya yang masih berkerut dahi, marah diri sendiri... 'lambat bertindak...'

Nampak tak? Asyik plan memanjang,bertangguh,lambat membuat keputusan,tak bertindak cepat...itu yang saya belajar. Asyik nanti,nanti aje. Hasilnya sangat tak best. Lepas ni,mesti kena cepat fikir. Fast Action, Fast Result! Tak faham-faham lagi ke?

Last part, terpaksa la kami ke kedai jauh sikit dari pekan, mujur ada kedai jual gas. Kedai ni jarang sangat tutup. Sabtu Ahad pun dia bukak. Orangnya siap angkatkan gas ke dalam kereta.

........dan kedai ini adalah milik orang Cina. Hm...nampak tak permainan dia?

Kbai.

Sayang semua banyak-banyak.

#givemanfaatgetsyafaat

Friday, November 1, 2013

Lend Me Your Ears



English la pulak ya. 'me no spik inglish'..

Ok,serius. Pernah tak anda alami,berjumpa pertama kali dengan seorang manusia, baru je kenal, dia bercerita tentang masalah atau ujian yang sedang dia alami. Untuk menambahkan lagi efek,dengan dia,dengan anda-anda sekali menangis kesayuan. Pernah tak?

Apa yang kita fikir ya? Adakah orang itu memang mencari seseorang untuk menjadi tempat luahan,dan atas dahi kita pulak,ada tulis 'Kaunter Pertanyaan' atau 'Kaunselor Awam'?
Cuba kita fikir,kenapa agaknya orang ni bercerita pada kita? Punyalah ramai umat manusia,kita jugak la yang menjadi pilihan hati.

Sebenarnya kan,tanpa kita sedar atau pura-pura tak sedar,Allah menjadikan sesuatu perkara itu,ada sebabnya. Barangkali dengan mendengar luahan orang,kita akan lebih bersyukur dengan situasi kita.
Barangkali juga mengajar kita lebih menghargai orang lain. Barangkali juga mendidik hati kita agar bersangka baik.
Dan boleh juga mengajar kita bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik lagi cemerlang.

Kawan-kawan,jadilah pendengar yang baik. Bila datang kepada kita, insan sedih yang sedang menghadapi kerunsingan,dengar luahan dia. Genggam tangan dia,pandang ke dalam mata dia,selami jiwa dia. Biarkan dia luahkan segalanya. Kalau boleh, peluk dia (bergantung kepada jantina dan hubungan anda ya).

Kadang-kadang yang datang pada kita ni,bukan nak dengar nasihat pun. Mereka cuma perlu seseorang untuk mendengar saja. Nanti lega lah dia.

Begitu juga bagi yang sudah ada pasangan (yang halal),setiap genggaman tangan,pandangan kasih sayang..tu semua jemput pahala tu. Peluk pasangan,lagi ketat pelukan lagi bagus,dengar betul-betul apa dia nak cakap,pandang mata dia dalam-dalam. Biar dia tenggelam..haha..

Dah habis dia cakap,baru la bagi nasihat. Lemah lembut,berhemah. Susun ayat kasik power. Kalau tak reti susun ayat,mintak dia bagi masa untuk anda buat draf dulu. Biar dia tau,dia tak sorang-sorang.Ha,gitu. Ni kursus kawin ke apa ni?

Macam tu juga dengan ibu,ayah,adik beradik...belajar untuk mendengar. Sebab tu sikit masa dulu famous dengan 'listen,listen,listen'. Masalah kita,tak nak dengar. Cikgu cakap,tak nak dengar. Mentor cakap,tak nak dengar. Orang nak cerita masalah,minta pendapat,lagi kita bolayan.

Belajarlah untuk mendengar ya. Dari situ kita belajar untuk jadi penasihat yang baik. Jangan stress, bersyukurlah kita dipilih Allah untuk menjadi penenang hati,penyejuk jiwa hamba-hamba yang menghadapi ujian. Biasa-biasakanlah menenangkan dan menggembirakan orang lain. Apa kita beri,itu juga kita akan dapat.

Janji Allah itu PASTI

Saaaayaaannnggg semua sebab membaca..

#givemanfaatgetsyafaat


Lesen Creative Commons
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.

Visitors