About me

Friday, December 6, 2013

Seronoknyaaaaaaaaaaaa!!!!

Tempahan sudah dibuka ya dearies...... Dijamin SEDAP dan makan tanpa henti punya. Tak percaya kan? Siapa suruh percaya... Cuba sendiri lah ya... :D :D :D

Kami memang sedang mencari-cari oh dimanakah kawan-kawan yang nak sama-sama dengan kami sebarkan kasih sayang dalam Rendang Geget ni. Berminat nak share duit dengan kitorang? Call 017-7780125 atau kalau macam malu-malu gitu, Whatsapp je kat 016-7575774.

Bubyeeeeee..~!!!


Monday, December 2, 2013

Dia Yang Memegang Hati Kita

Nak cerita tentang hari ni.

Hari ni, hari restock saya. Kalau pun tak restock,biasanya saya akan drop by outlet untuk tanya khabar ACMC. Yelah, visit 'baby', tengok condition mereka, ok ke.. sememeh ke..

Saya bawa 60 biji 'babies' bersama. Sebab baru restock past few days, maka, outlet masih ada balance yang agak banyak juga. Dalam hati sedikit terasa. Tapi, cepat-cepat pujuk hati 'Ya Allah,Kau yang memegang hati manusia, Kau yang menggerakkannya. Aku serahkan semua pada Mu'. Sepanjang perjalanan memang hujan kejap renyai, kejap lebat.

Sebenarnya memang jadi niat,kalau saya bawak keluar kek 50 biji,saya mesti balik dengan kotak kosong. Kalau dibawa kek ulang alik,macam tak best pulak. Jadinya, akan cari cara untuk habiskannya. Supaya dapat cepat-cepat jumpa kakak stokis yang disayangi.

Singgah sebentar ke bakal outlet. Owner pulak tak ada nak propose kek. Call, dan minta izin tinggalkan sampel. Settle.

Next destination.

Dah restock satu outlet. Kek susut sedikit ke 50 biji. Masa untuk ke outlet seterusnya. Sebelum tu, dalam hati berkira-kira nak solat. Sebab dah jam 1.25 pm. Zuhur dah masuk. Macam nak solat di rumah saja. Tapi, hati kuat katakan, ' Allah tak bertangguh nak beri apa yang kau mintak,kenapa kau nak bertangguh tunaikan apa yang Dia mintak?' Masya Allah, apa yang aku fikir ni? Cari surau di outlet tu, Zuhur kejap. Submit...doa yang sama...

Masuk je kereta, rasa letih sikit. Tergerak nak check Whatsapp. Takdir Allah. Ada hamba Allah bertanyakan kek. Minta tolong hantarkan ke pejabat dia. Sangkakan mungkin dia mahukan 3 atau 4 bekas. Tapi dia nak 20 bekas! Ya Allah...sayangnya aku padaMu....Alhamdullillah..

Habis restock di outlet yang last, terus bergegas ke tempat dia yang Whatsapp tadi. Otw, dia call lagi, (mungkin juga sebab saya terlewat 5 minit). Dia mahu tambah lagi 10 bekas. In shaa Allah, kata saya. Sebab tak pasti berapa yang tinggal.

Sampai je pejabat dia,saya packing kek. Matematiknya begini.

Restock Outlet 10 + 20 = 30
Balance 60 - 30 = 30

Tapi bila packing,kek kurang satu. Baru teringatkan satu baby dah ditinggalkan untuk sampel tadi. Haha..sudahnya customer cuma dapat 29 bekas saja. Mujur dia tak kisah. Alhamdullillah.

Terkesan saya dengan kisah hari ni. Jujur saya sedang baiki diri. Hari ini saya bersyukur dengan bisikan hati. Allah sebenarnya sayangkan kita. Cuma kita sedar atau tidak saja. Banyakkan bersyukur. Kebaikan akan datang dengan banyaknya. Saya belajar lagi hari ini.

Dan tadi,customer yang sama mahu order lagi untuk esok. Kali ini,dia mahu satu kotak pula! Alhamdullillah. Saya dapat share rezeki dengan dia. Ada sesiapa nak saya share dengan dia juga?

Sayang kamu semua. Semua sekali. 

#givemanfaatgetsyafaat
Fayyza Ideas (Page)
 — feeling blessed while watching Mr CEO building a Teratak Rabbit nya.



Lesen Creative Commons
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.

Visitors