About me

Tuesday, February 25, 2014

Mudah Lagi Memudahkan




Memang mudah, cuma keluarkan pek dari bekas dan masukkan ke dalam bekas berisi air panas. Tunggu 5 minit, SIAP!

Bila ada tetamu datang, MUDAH
Bila nak buat breakfast, MUDAH
Bila nak buat minum petang, MUDAH
Bila nak travel, MUDAH

Nak makan bersama apa ya..

Dengan nasi, BOLEH
Dengan biskut lemak, BOLEH
Dengan roti, BOLEH
Dengan ketupat segera, BOLEH
Dengan mi / bihun goreng, BOLEH

Ikut suka hati, suka tekak :)


Sehingga mengGEGET jari ya....

Saya sayang semua. Jaga diri, ya :)

Rendang Geget Official


Tuesday, February 18, 2014

Jemaah

Dah banyak hari, banyak juga perkara yang kami belajar. Maka benarlah, elmu yang bermanfaat bila dikongsi bersama akan terasa keberkatannya.

Ramai antara rakan kami yang terkejut bila terserempak dengan kami di Bazar Karat JB setiap Jumaat dan Ahad. Alhamdullillah, rata-rata memberi sokongan. Kami bukan kejar untung, kami cuma mahu berkongsi. Rasa seronok dapat share. Serius.

Penat? Bohonglah kalau tak penat. Sampai demam kami ni. Kami dalam proses memecahkan tembok selesa kami. Slowly. Alhamdullillah, bersama Sisters of Jannah, kami rasa lebih kuat. Dan ada dua khalifah di belakang kami.

Moral of the story, berjemaahlah. Tak mo buat sorang-sorang.

“Alone we can do so little; together we can do so much”
― Helen Keller

Terima kasih atas sokongan dan doa semua. Jaga diri ya. Kami sayang semua 




Friday, February 14, 2014

Oh, my Rendang Geget :)

Assalamualaikum,semua. Hambuih, dah berhabuk dah blog ni. Vakum pun naik berasap. Lama pulak tak bercerita pasal Rendang Geget kesayangan kami ni kan.

Ha inilah nak cerita. Bulan ni kami (Fayyza Ideas Rendang Geget) bersama-sama team Sisters of Jannah melakukan promosi di Plaza Angsana, Johor Bahru sempena Karnival IKS dan yang baru lepas ni, Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia di Permas, Pontian, Johor.

Mentor kata mesti kena tawan wilayah sendiri dahulu,maka inilah yang kami sedang lakukan.

Cantik tak bunting kami ni? *wink wink*


Lesen Creative Commons
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.

Visitors