Too Busy or Lazy ya?
Sampai naik berhabuk dah bilik yang satu ni. Kena paksa diri sebenarnya nak update blog. Siapa kata zaman blogging dah berakhir. Ada je orang nak baca blog asalkan yang bagi benefit pada mereka.
Tough juga kan hidup lately ni?
Tak mahu lah cerita tentang naiknya kos itu dan ini, jom kita fokus macamana nak baiki itu ini dalam keluarga kita sendiri.
Ekonomi, ibadah, akhlak dan perbaiki cara kita berdoa.
Dan satu lagi, perbaiki cara kita memandang sesuatu perkara itu.
Nak ubah yang 'besar-besar', bukanlah semudah memetik jari atau menekan keyboard tau. Jadi kita ubah dulu yang tercapai dek tangan halus kita ni.
Apapun, ingat. Allah Maha Besar. Lebih besar dari segalanya. Minta dari Dia.
Saya doakan kitra semua bertahan, kuat semangat dan diilhamkan jalan keluar bagi segala kesulitan ya :)
Jaga diri semua.
About me
Wednesday, December 16, 2015
Thursday, April 10, 2014
Path of Success
Sendiri berfikir, sendiri emo, sendiri rasa down.
Bercakap sendiri dengan diri...
'i think too much...'
But then sendiri realize, it's normal.
Sometimes things doesn't work as planned.
But that also doesn't mean that we have to surrender.
Afterall...
It's ok to think over things.
At least it proves that we still have brain..and ideas...and feelings too...
Alhamdullillah.
Do not stop. Just take a 'pause' and follow the 'signboard'.
There, there's a sign says,
"Welcome to the path of SUCCESS"
Ready to fight!
(please excuse my rojak language,sebab perasaan sedang bercampur, just like rojak)
P/S : sedapnya kalau dapat rojak asma kat Larkin tu kan..
www.facebook.com/rendanggeget

Tuesday, February 25, 2014
Mudah Lagi Memudahkan
Memang mudah, cuma keluarkan pek dari bekas dan masukkan ke dalam bekas berisi air panas. Tunggu 5 minit, SIAP!
Bila ada tetamu datang, MUDAH
Bila nak buat breakfast, MUDAH
Bila nak buat minum petang, MUDAH
Bila nak travel, MUDAH
Nak makan bersama apa ya..
Dengan nasi, BOLEH
Dengan biskut lemak, BOLEH
Dengan roti, BOLEH
Dengan ketupat segera, BOLEH
Dengan mi / bihun goreng, BOLEH
Ikut suka hati, suka tekak :)
Sehingga mengGEGET jari ya....
Saya sayang semua. Jaga diri, ya :)
Rendang Geget Official
Tuesday, February 18, 2014
Jemaah
Dah banyak hari, banyak juga perkara yang kami belajar. Maka benarlah, elmu yang bermanfaat bila dikongsi bersama akan terasa keberkatannya.
Ramai antara rakan kami yang terkejut bila terserempak dengan kami di Bazar Karat JB setiap Jumaat dan Ahad. Alhamdullillah, rata-rata memberi sokongan. Kami bukan kejar untung, kami cuma mahu berkongsi. Rasa seronok dapat share. Serius.
Penat? Bohonglah kalau tak penat. Sampai demam kami ni. Kami dalam proses memecahkan tembok selesa kami. Slowly. Alhamdullillah, bersama Sisters of Jannah, kami rasa lebih kuat. Dan ada dua khalifah di belakang kami.
Moral of the story, berjemaahlah. Tak mo buat sorang-sorang.
“Alone we can do so little; together we can do so much”
― Helen Keller
Terima kasih atas sokongan dan doa semua. Jaga diri ya. Kami sayang semua

Friday, February 14, 2014
Oh, my Rendang Geget :)
Assalamualaikum,semua. Hambuih, dah berhabuk dah blog ni. Vakum pun naik berasap. Lama pulak tak bercerita pasal Rendang Geget kesayangan kami ni kan.
Ha inilah nak cerita. Bulan ni kami (Fayyza Ideas Rendang Geget) bersama-sama team Sisters of Jannah melakukan promosi di Plaza Angsana, Johor Bahru sempena Karnival IKS dan yang baru lepas ni, Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia di Permas, Pontian, Johor.
Mentor kata mesti kena tawan wilayah sendiri dahulu,maka inilah yang kami sedang lakukan.
Cantik tak bunting kami ni? *wink wink*
Friday, January 10, 2014
Wajah Baru!!
Alhamdullillah. Seiring masa, kami belajar banyak juga dari segi packaging. Nak mudahkan orang, nak bagi tahan lebih lama, tahan lasak, mudahkan penyimpanan, dan harga yang tidak membebankan.
Kami telah keluarkan RENDANG GEGET dengan packaging yang lebih menarik dan jangan risau... kami akan selalu upgrade dari masa ke masa.
Terima kasih ya semua sebab banyak sokong kami. Kami sayang anda semua :D

Friday, December 6, 2013
Seronoknyaaaaaaaaaaaa!!!!
Tempahan sudah dibuka ya dearies...... Dijamin SEDAP dan makan tanpa henti punya. Tak percaya kan? Siapa suruh percaya... Cuba sendiri lah ya... :D :D :D
Kami memang sedang mencari-cari oh dimanakah kawan-kawan yang nak sama-sama dengan kami sebarkan kasih sayang dalam Rendang Geget ni. Berminat nak share duit dengan kitorang? Call 017-7780125 atau kalau macam malu-malu gitu, Whatsapp je kat 016-7575774.
Bubyeeeeee..~!!!

Monday, December 2, 2013
Dia Yang Memegang Hati Kita
Nak cerita tentang hari ni.
Hari ni, hari restock saya. Kalau pun tak restock,biasanya saya akan drop by outlet untuk tanya khabar ACMC. Yelah, visit 'baby', tengok condition mereka, ok ke.. sememeh ke..
Saya bawa 60 biji 'babies' bersama. Sebab baru restock past few days, maka, outlet masih ada balance yang agak banyak juga. Dalam hati sedikit terasa. Tapi, cepat-cepat pujuk hati 'Ya Allah,Kau yang memegang hati manusia, Kau yang menggerakkannya. Aku serahkan semua pada Mu'. Sepanjang perjalanan memang hujan kejap renyai, kejap lebat.
Sebenarnya memang jadi niat,kalau saya bawak keluar kek 50 biji,saya mesti balik dengan kotak kosong. Kalau dibawa kek ulang alik,macam tak best pulak. Jadinya, akan cari cara untuk habiskannya. Supaya dapat cepat-cepat jumpa kakak stokis yang disayangi.
Singgah sebentar ke bakal outlet. Owner pulak tak ada nak propose kek. Call, dan minta izin tinggalkan sampel. Settle.
Next destination.
Dah restock satu outlet. Kek susut sedikit ke 50 biji. Masa untuk ke outlet seterusnya. Sebelum tu, dalam hati berkira-kira nak solat. Sebab dah jam 1.25 pm. Zuhur dah masuk. Macam nak solat di rumah saja. Tapi, hati kuat katakan, ' Allah tak bertangguh nak beri apa yang kau mintak,kenapa kau nak bertangguh tunaikan apa yang Dia mintak?' Masya Allah, apa yang aku fikir ni? Cari surau di outlet tu, Zuhur kejap. Submit...doa yang sama...
Masuk je kereta, rasa letih sikit. Tergerak nak check Whatsapp. Takdir Allah. Ada hamba Allah bertanyakan kek. Minta tolong hantarkan ke pejabat dia. Sangkakan mungkin dia mahukan 3 atau 4 bekas. Tapi dia nak 20 bekas! Ya Allah...sayangnya aku padaMu....Alhamdullillah..
Habis restock di outlet yang last, terus bergegas ke tempat dia yang Whatsapp tadi. Otw, dia call lagi, (mungkin juga sebab saya terlewat 5 minit). Dia mahu tambah lagi 10 bekas. In shaa Allah, kata saya. Sebab tak pasti berapa yang tinggal.
Sampai je pejabat dia,saya packing kek. Matematiknya begini.
Restock Outlet 10 + 20 = 30
Balance 60 - 30 = 30
Tapi bila packing,kek kurang satu. Baru teringatkan satu baby dah ditinggalkan untuk sampel tadi. Haha..sudahnya customer cuma dapat 29 bekas saja. Mujur dia tak kisah. Alhamdullillah.
Terkesan saya dengan kisah hari ni. Jujur saya sedang baiki diri. Hari ini saya bersyukur dengan bisikan hati. Allah sebenarnya sayangkan kita. Cuma kita sedar atau tidak saja. Banyakkan bersyukur. Kebaikan akan datang dengan banyaknya. Saya belajar lagi hari ini.
Dan tadi,customer yang sama mahu order lagi untuk esok. Kali ini,dia mahu satu kotak pula! Alhamdullillah. Saya dapat share rezeki dengan dia. Ada sesiapa nak saya share dengan dia juga?
Sayang kamu semua. Semua sekali.
#givemanfaatgetsyafaat
Fayyza Ideas (Page) — feeling blessed while watching Mr CEO building a Teratak Rabbit nya.

Friday, November 29, 2013
Tadah Tangan
Sehari semalam temankan ibu di hospital,sungguh, beribu perkara saya dapat belajar. Berjalan-jalan ke katil pesakit lain, buat saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Banyak kali juga kita terlupa apa yang kita ada dek sibuk menjengah apa yang orang lain miliki. Astagfirullah..
Tengok orang yang kaki dipotong,saya bersyukur masih punya kaki. Mampu berjalan,berlari,memandu. Terfikir,adakah kaki saya ini digunakan untuk perkara yang baik-baik?
Tengok orang yang tangan berbalut,saya bersyukur masih miliki tangan. Saya renung,pegang,belai tangan saya. Periksa diri sendiri. Betul ke saya dah gunakan tangan saya ni untuk bantu orang,bersedekah tanpa rasa ujub..memberi tanpa rasa bangga? Ya Allah..
Tengok orang yang keras sakitnya..saya benar-benar bersyukur masih ada nyawa..ada nafas yang lancar,jantung yang berfungsi baik, in shaa Allah... Saya periksa diri lagi.. Adakah saya ni gunakan nafas ni sebaik-baiknya? Apa yang saya dah beri? Apa saya dah sumbangkan? Adakah saya ni orang yang memberi manfaat? Allahuakbar.. Banyaknya, terlampau banyak nikmat yang Kau bagi..tapi,kami ini masih leka,masih lalai,masih degil tak mahu baiki ibadah,baiki hubungan sesama kami,masih memberi dengan mengharapkan penghargaan manusia..masih tidak menjaga hati sesama kami,masih tamak.. Astagfirullah..
Dan,di setiap solat,jom la kita sama-sama lama-lama sikit atas sejadah. Jangan nak cepat je habis solat. Jangan nak cepat je baca doa. Sebab kita sebenarnya 'berhutang' dengan Allah. Jangan lupa tu. Tangan tu ada kan? Tadahlah...tadahlah tangan tu...kita sama-sama ya..
#givemanfaatgetsyafaat
Friday, November 8, 2013
Barang Baru! Barang Baru!
Alhamdullillah. Irresistible Rendang Geget hampir menemui kita semua. Sabaaaarrr.. Ramai yang tunggu. Akhirnya, kami dah tiba ke peringkat terakhir sebelum mula menjengah pasaran yang luar biasa. Tunggu lagiiii...penantian satu penyiksaan. Tapi,hasilnya nanti amat berbaloi.... :)
Wednesday, November 6, 2013
Ha...Bertangguhlah Lagi!
Nak cerita ni,jap,jap...doa dulu. Tengah hujan ni.
Ok,sambung. Saya pasti kejadian yang saya nak cerita ni, pernah berlaku pada antara kita.
Cerita satu, malam semalam,suami saya ajak makan di luar. Kedai ni memang sedap la masakannya. Tapi bukanlah nak cerita pasal sedap tak sedap. Suami order nasi putih, tomyam, sayur dan burung puyuh.
Saya ni sambil-sambil makan,dalam hati dok bercakap, 'nanti jap lagi nak rasa la tomyam dia...'
Tapi,dalam hati je la bercakap,tak terluah pun. Sudahnya, lepas makan,saya pun baru nak capai mangkuk tomyam, tengok-tengok dah ada tisu dalam tu. Frust ke frust? Nampak tak? Silap saya...saya memang dah sedia maklum,jadi habit suami,akan buang tisu dalam pinggan,dan mangkuk tomyam menjadi pilihannya. Sup tomyam masih ada,silap saya sebab hanya bercakap dlm hati. Tak luahkan. Nampak tak? Lambat bertindak a.k.a bertangguh. Plan nak buat,tapi tak buat. Nasib la...
Cerita dua, pagi tadi gas habis. Jadi kami pun ke pekan nak beli gas. Nampak je kedai runcit jual gas,sebab dah terlajak, patutnya boleh je berenti reverse keta sikit,tapi kami decide nak ke kedai depan dulu,beli barang dapur sikit. Kat kedai depan tu,belek-belek sayur,saya tak puas hati. Keluar balik, masuk keta,nak gi kedai gas pulak. Masa terbuang kat kedai sayur,tapi tak beli apa-apa.
Tiba je kat kedai gas tadi,tiba-tiba tutup rapat. Close. Eh,tutup pulak kedai ni? Ke kita silap tengok ya tadi? Taklah. Tadi elok bukak kedai ni. Kejap-kejapan pulak dia tutup. Suami bersuara, 'orang melayu,suka-suka bukak,suka-suka tutup'.. Saya yang masih berkerut dahi, marah diri sendiri... 'lambat bertindak...'
Nampak tak? Asyik plan memanjang,bertangguh,lambat membuat keputusan,tak bertindak cepat...itu yang saya belajar. Asyik nanti,nanti aje. Hasilnya sangat tak best. Lepas ni,mesti kena cepat fikir. Fast Action, Fast Result! Tak faham-faham lagi ke?
Last part, terpaksa la kami ke kedai jauh sikit dari pekan, mujur ada kedai jual gas. Kedai ni jarang sangat tutup. Sabtu Ahad pun dia bukak. Orangnya siap angkatkan gas ke dalam kereta.
........dan kedai ini adalah milik orang Cina. Hm...nampak tak permainan dia?
Kbai.
Sayang semua banyak-banyak.

Friday, November 1, 2013
Lend Me Your Ears
English la pulak ya. 'me no spik inglish'..
Ok,serius. Pernah tak anda alami,berjumpa pertama kali dengan seorang manusia, baru je kenal, dia bercerita tentang masalah atau ujian yang sedang dia alami. Untuk menambahkan lagi efek,dengan dia,dengan anda-anda sekali menangis kesayuan. Pernah tak?
Apa yang kita fikir ya? Adakah orang itu memang mencari seseorang untuk menjadi tempat luahan,dan atas dahi kita pulak,ada tulis 'Kaunter Pertanyaan' atau 'Kaunselor Awam'?
Cuba kita fikir,kenapa agaknya orang ni bercerita pada kita? Punyalah ramai umat manusia,kita jugak la yang menjadi pilihan hati.
Sebenarnya kan,tanpa kita sedar atau pura-pura tak sedar,Allah menjadikan sesuatu perkara itu,ada sebabnya. Barangkali dengan mendengar luahan orang,kita akan lebih bersyukur dengan situasi kita.
Barangkali juga mengajar kita lebih menghargai orang lain. Barangkali juga mendidik hati kita agar bersangka baik.
Dan boleh juga mengajar kita bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik lagi cemerlang.
Kawan-kawan,jadilah pendengar yang baik. Bila datang kepada kita, insan sedih yang sedang menghadapi kerunsingan,dengar luahan dia. Genggam tangan dia,pandang ke dalam mata dia,selami jiwa dia. Biarkan dia luahkan segalanya. Kalau boleh, peluk dia (bergantung kepada jantina dan hubungan anda ya).
Kadang-kadang yang datang pada kita ni,bukan nak dengar nasihat pun. Mereka cuma perlu seseorang untuk mendengar saja. Nanti lega lah dia.
Begitu juga bagi yang sudah ada pasangan (yang halal),setiap genggaman tangan,pandangan kasih sayang..tu semua jemput pahala tu. Peluk pasangan,lagi ketat pelukan lagi bagus,dengar betul-betul apa dia nak cakap,pandang mata dia dalam-dalam. Biar dia tenggelam..haha..
Dah habis dia cakap,baru la bagi nasihat. Lemah lembut,berhemah. Susun ayat kasik power. Kalau tak reti susun ayat,mintak dia bagi masa untuk anda buat draf dulu. Biar dia tau,dia tak sorang-sorang.Ha,gitu. Ni kursus kawin ke apa ni?
Macam tu juga dengan ibu,ayah,adik beradik...belajar untuk mendengar. Sebab tu sikit masa dulu famous dengan 'listen,listen,listen'. Masalah kita,tak nak dengar. Cikgu cakap,tak nak dengar. Mentor cakap,tak nak dengar. Orang nak cerita masalah,minta pendapat,lagi kita bolayan.
Belajarlah untuk mendengar ya. Dari situ kita belajar untuk jadi penasihat yang baik. Jangan stress, bersyukurlah kita dipilih Allah untuk menjadi penenang hati,penyejuk jiwa hamba-hamba yang menghadapi ujian. Biasa-biasakanlah menenangkan dan menggembirakan orang lain. Apa kita beri,itu juga kita akan dapat.
Janji Allah itu PASTI
Saaaayaaannnggg semua sebab membaca..
#givemanfaatgetsyafaat
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.