About me

Thursday, July 11, 2013

Bahasa Kebangsaan Kita (First Post In My Language)

Tiba-tiba rasa macam nak post dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu,kebanggaan kita. Hari ni sudah 2 hari kita berpuasa. Cuaca hujan,sejuk. Syukur. Selamat berpuasa ya.
Dalam berpuasa ni,eloklah kita selalu mendoakan saudara-saudara kita yang tidak seselesa kita di sini. Sedih, kan? Jangan lupa doakan mereka ya.

Ok,bulan lepas, kite ada mengikuti kursus anjuran INSKEN dengan kerjasama uniRAZAK. Kursus untuk Skim Usahawan Siswazah. Memang banyak sangat yang dapat dipelajari.Terlalu banyak. Benda-benda yang tak pernah terlintas di fikiran pun ada belajar kat situ. Kursus selama satu minggu. Kat hotel Emperor, Melaka. Murah sangat kos dia. Cuma RM 250 sahaja. Diulangi sekali lagi, DUA RATUS LIMA PULUH SAHAJA. Makan tanggung oooo.... Korang pun kalau ada kesempatan,pergilah kursus tu. Berbaloi...

Makanya,bila dah balik kursus,perlulah dipraktikkan apa yang dah belajar,kan? Taklah membazir masa dan wang yang dah digunakan tu. Ada beberapa idea bisnes yang akan direalisasikan. Kiranya kursus ni dah macam trolley yang menggelungsur dari elevator yang rata tu..laju je dia menolak kite. Nanti kite cerita apa idea kite tu ya. Buat masa ni, belajar dulu apa yang basic. Tungggguuuuuuu....

p/s : eh,eh..best jugak buat post dalam bahasa melayu ni ya! yang tak faham tu,pandai-pandailah guna Google Translate ya... :)

kbai! :D

Yeay! Dapat Sijil tau...sijil ni sangat-sangat penting...penting untuk apa? penting kalau kita nak apply loan untuk bisnes nanti..hah.. :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for the sweet comments.I really appreciate it! Have a good day :)

Lesen Creative Commons
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.

Visitors