Nak berjaya kena jadi YB! Baru boleh berjaya. Kalau tak jadi YB macamana nak berjaya? YB tu apa? YB tu Yakin dan Berani! Bukan YB yang lagi satu tu.
Itulah yang pak enchek (suami) saya selalu cakap. Kalau Berani aje, tapi tak Yakin buat apa? Barulah saya tahu apa yang dia nak sampaikan pada saya. Saya memang berani, tapi kurang,kurang ya bukan tak...yakin.. Itulah sebabnya saya mulakan dengan menjadi dealer Anis Choc Moist Cake yang meliur-liur sedapnya tu.
Sebab apa? Sebab nak latih diri saya berani dan yakin jumpa dengan orang,bercerita,belajar bercakap,belajar tengok mata orang,belajar baca bahasa tubuh,belajar kenal orang,belajar memberi,belajar berkongsi.
Itulah yang saya buat. Sebab apa saya pilih Anic Choc Moist Cake? Sebab.....mentor dan cikgu saya yang dihormati, Dr Azizan Osman dalam buku dia 'Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan' muka surat 21, ada cakap... '.....strategi agen dapat membantu kita meningkatkan kemahiran menguruskan produk sendiri apabila tiba masanya nanti.' Tak percaya,baca sendiri.
Jadinya,saya selalu bagitau diri sendiri,kalau tak berani,macamana nak mula,kalau tak yakin macamana nak berjaya? Tiapkali saya keluar masuk outlet nak restock kek,saya teringatkan susah payah Puan Anis Cmc bawak bakul penuh kek. Saya kena berani,kena yakin,kena kuat!
Satu lagi latih tubi kami ialah angkut kotak kek,bawak bunting,duduk tepi laut. Ramai juga family yang tengok. Malu? Bohonglah kalau tak malu langsung. 'Biawak' dah mula cucuk2, 'baliklah,takde orang nak beli pun'...'dah la tu,buat apa nak susah macamni?'.. Tapi,saya tepis-tepis biawak-biawak tu laju-laju. Tergolek-golek diorang jatuh dalam laut. Ha,amik kau! Kacau lagi!
Petang tu,hasilnya biasa saja. 10 bekas terjual dalam 10 minit. Ok juga kan? Yang penting,saya puas hati sebab dapat melawan rasa takut dan kukuhkan rasa yakin. Untuk langkah awal ini, 'what matters is not the outcome,it's the effort'.
#berimanfaatdapatsyafaat
About me
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 21, 2013
Relaks....jangan confuse...
Salam semua :)
Ada yang bertanya, adakah saya sudah tidak berkarya lagi? Ramai juga yang mengenali kami suami isteri adalah pasangan crafter. Relaks, jangan confuse. Kami masih lagi crafters, cuma kami ingin fokus kepada sesuatu yang baru. Sesuatu yang menjadi matlamat saya pada asalnya. Jauh dari bidang quilling yang sangat kami sayangi.
Masih lagi membuat kad, quilling yang sudah sebati dengan kami. Meja kraf kami masih rapi tersusun. Ada masa-masa tertentu,kami akan berehat sambil menggulung kertas. Masih ada passion. Ada perancangan terbaik sebenarnya. Cuma buat masa ini, kami memberi masa untuk diri kami menumpukan perhatian kepada bidang baru ini. Baru tak baru juga. Cuma lebih fokus. Dan blog ini kami takkan biar sepi. Akan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan kami dengan perkongsian yang lebih bermanfaat.
Saya secara peribadi sangat menghargai sokongan dan dorongan semua. Baik yang comment, Follow atau pun silent readers. Sayang kamu semua. :)
Jaga diri ya.
Thursday, September 19, 2013
Projek Baru! Semangat Baru! Idea Baru!
New things coming soon! Dalam hidup perlu berubah. Bukan bermakna kita jemu dengan apa yang sedang dilakukan, tapi perubahan juga perlu sejajar dengan keadaan semasa.
Ramai yang menyokong Fayyza Ideas selama ini. Dan kami berharap kita sama-sama menantikan produk baru kami. Minta doa dari semua agar dipermudahkan. Jaga diri,semua! :)
Thursday, July 25, 2013
Designed Photo Frame (Untuk Mak & Ayah..katanya.. :)
Jika diberi pilihan,kita rasa lebih mudah memilih warna untuk wanita,tapi untuk lelaki,agak mencabar juga. Mujur customer yang seorang ini sangat fleksibel. Kami pilih untuk memasukkan warna asas,untuk menampakkan 'kemaskulinan' design frame. Haha...tak pasti menjadi atau tak,yang pasti,dia sangat suka.Maka,saya boleh tidur dengan lena :)
Size : 20 cm x 28 cm
Quilled : Plain Roses, Curve Roses, Malaysian Flower
Theme : Turqoise,Peach,Blue,Light Green,Yellow

Tuesday, July 16, 2013
Easel Card Sana Sini (Easel Cards Everywhere)
Memang seronok bila cuba sesuatu yang lain dari yang selalu buat. Entah sejak tahun bila,memang dah plan nak try buat easel card ni,tapi,biasalah,hangatnya sekejap saja. Tibalah suatu hari tu,terasa macam nak buat ready-made cards. So,bila ada sesiapa yang tanya 'ada kad yang dah siap tak?',bolehlah kite tunjukkan kad ini. Sayang seribu kali sayang,bila dah siap pulak,timbul satu cabaran lain. Rasa macam nak simpan sendiri pulak..huhu...cabaran kan.. Prof Muhaya kata,gantikan perkataan 'masalah' dengan 'cabaran'..hee... sila lah menjamu mata.. :)
Selamat Berpuasa :)
Thursday, July 11, 2013
Bahasa Kebangsaan Kita (First Post In My Language)
Tiba-tiba rasa macam nak post dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu,kebanggaan kita. Hari ni sudah 2 hari kita berpuasa. Cuaca hujan,sejuk. Syukur. Selamat berpuasa ya.
Dalam berpuasa ni,eloklah kita selalu mendoakan saudara-saudara kita yang tidak seselesa kita di sini. Sedih, kan? Jangan lupa doakan mereka ya.
Ok,bulan lepas, kite ada mengikuti kursus anjuran INSKEN dengan kerjasama uniRAZAK. Kursus untuk Skim Usahawan Siswazah. Memang banyak sangat yang dapat dipelajari.Terlalu banyak. Benda-benda yang tak pernah terlintas di fikiran pun ada belajar kat situ. Kursus selama satu minggu. Kat hotel Emperor, Melaka. Murah sangat kos dia. Cuma RM 250 sahaja. Diulangi sekali lagi, DUA RATUS LIMA PULUH SAHAJA. Makan tanggung oooo.... Korang pun kalau ada kesempatan,pergilah kursus tu. Berbaloi...
Makanya,bila dah balik kursus,perlulah dipraktikkan apa yang dah belajar,kan? Taklah membazir masa dan wang yang dah digunakan tu. Ada beberapa idea bisnes yang akan direalisasikan. Kiranya kursus ni dah macam trolley yang menggelungsur dari elevator yang rata tu..laju je dia menolak kite. Nanti kite cerita apa idea kite tu ya. Buat masa ni, belajar dulu apa yang basic. Tungggguuuuuuu....
p/s : eh,eh..best jugak buat post dalam bahasa melayu ni ya! yang tak faham tu,pandai-pandailah guna Google Translate ya... :)
kbai! :D

| Yeay! Dapat Sijil tau...sijil ni sangat-sangat penting...penting untuk apa? penting kalau kita nak apply loan untuk bisnes nanti..hah.. :) |
Saturday, June 22, 2013
Happy Mother's Day
Pink roses for Mother's Day...
I love the design and idea.And i'm glad to know that my friend's mum also love it! :D
Friday, May 31, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Door Gift for Aqiqah Ceremony
Door gift for Aqiqah
*Aqiqah, in Islamic terminology, is defined as sacrifice of an animal on the occasion of a child's birth.
The performance of Aqiqah is highly encouraged. It is to be performed by the parents or the guardians of the child. Prophet Muhammad (peace be upon him) and his companions used to perform Aqiqah when they were bestowed with a newborn.
For details of the meaning of Aqiqah,please visit What is Aqiqah?

Wednesday, April 3, 2013
Roll...rolling...bookmarks...
Here is just a simple bookmarks i plan to give to my workshops partipants..it's simple but tiring..huhu...but i'm happy... :')
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.