About me

Thursday, July 25, 2013

Designed Photo Frame (Untuk Mak & Ayah..katanya.. :)

Jika diberi pilihan,kita rasa lebih mudah memilih warna untuk wanita,tapi untuk lelaki,agak mencabar juga. Mujur customer yang seorang ini sangat fleksibel. Kami pilih untuk memasukkan warna asas,untuk menampakkan 'kemaskulinan' design frame. Haha...tak pasti menjadi atau tak,yang pasti,dia sangat suka.Maka,saya boleh tidur dengan lena :)




Item : Designed Gift Frame
Size : 20 cm x 28 cm
Quilled : Plain Roses, Curve Roses, Malaysian Flower
Theme : Turqoise,Peach,Blue,Light Green,Yellow


 










Tuesday, July 16, 2013

Easel Card Sana Sini (Easel Cards Everywhere)

Memang seronok bila cuba sesuatu yang lain dari yang selalu buat. Entah sejak tahun bila,memang dah plan nak try buat easel card ni,tapi,biasalah,hangatnya sekejap saja. Tibalah suatu hari tu,terasa macam nak buat ready-made cards. So,bila ada sesiapa yang tanya 'ada kad yang dah siap tak?',bolehlah kite tunjukkan kad ini. Sayang seribu kali sayang,bila dah siap pulak,timbul satu cabaran lain. Rasa macam nak simpan sendiri pulak..huhu...cabaran kan.. Prof Muhaya kata,gantikan perkataan 'masalah' dengan 'cabaran'..hee... sila lah menjamu mata.. :)

Selamat Berpuasa :)























Thursday, July 11, 2013

Bahasa Kebangsaan Kita (First Post In My Language)

Tiba-tiba rasa macam nak post dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu,kebanggaan kita. Hari ni sudah 2 hari kita berpuasa. Cuaca hujan,sejuk. Syukur. Selamat berpuasa ya.
Dalam berpuasa ni,eloklah kita selalu mendoakan saudara-saudara kita yang tidak seselesa kita di sini. Sedih, kan? Jangan lupa doakan mereka ya.

Ok,bulan lepas, kite ada mengikuti kursus anjuran INSKEN dengan kerjasama uniRAZAK. Kursus untuk Skim Usahawan Siswazah. Memang banyak sangat yang dapat dipelajari.Terlalu banyak. Benda-benda yang tak pernah terlintas di fikiran pun ada belajar kat situ. Kursus selama satu minggu. Kat hotel Emperor, Melaka. Murah sangat kos dia. Cuma RM 250 sahaja. Diulangi sekali lagi, DUA RATUS LIMA PULUH SAHAJA. Makan tanggung oooo.... Korang pun kalau ada kesempatan,pergilah kursus tu. Berbaloi...

Makanya,bila dah balik kursus,perlulah dipraktikkan apa yang dah belajar,kan? Taklah membazir masa dan wang yang dah digunakan tu. Ada beberapa idea bisnes yang akan direalisasikan. Kiranya kursus ni dah macam trolley yang menggelungsur dari elevator yang rata tu..laju je dia menolak kite. Nanti kite cerita apa idea kite tu ya. Buat masa ni, belajar dulu apa yang basic. Tungggguuuuuuu....

p/s : eh,eh..best jugak buat post dalam bahasa melayu ni ya! yang tak faham tu,pandai-pandailah guna Google Translate ya... :)

kbai! :D

Yeay! Dapat Sijil tau...sijil ni sangat-sangat penting...penting untuk apa? penting kalau kita nak apply loan untuk bisnes nanti..hah.. :)

Lesen Creative Commons
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.

Visitors