About me

Friday, December 6, 2013

Seronoknyaaaaaaaaaaaa!!!!

Tempahan sudah dibuka ya dearies...... Dijamin SEDAP dan makan tanpa henti punya. Tak percaya kan? Siapa suruh percaya... Cuba sendiri lah ya... :D :D :D

Kami memang sedang mencari-cari oh dimanakah kawan-kawan yang nak sama-sama dengan kami sebarkan kasih sayang dalam Rendang Geget ni. Berminat nak share duit dengan kitorang? Call 017-7780125 atau kalau macam malu-malu gitu, Whatsapp je kat 016-7575774.

Bubyeeeeee..~!!!


Monday, December 2, 2013

Dia Yang Memegang Hati Kita

Nak cerita tentang hari ni.

Hari ni, hari restock saya. Kalau pun tak restock,biasanya saya akan drop by outlet untuk tanya khabar ACMC. Yelah, visit 'baby', tengok condition mereka, ok ke.. sememeh ke..

Saya bawa 60 biji 'babies' bersama. Sebab baru restock past few days, maka, outlet masih ada balance yang agak banyak juga. Dalam hati sedikit terasa. Tapi, cepat-cepat pujuk hati 'Ya Allah,Kau yang memegang hati manusia, Kau yang menggerakkannya. Aku serahkan semua pada Mu'. Sepanjang perjalanan memang hujan kejap renyai, kejap lebat.

Sebenarnya memang jadi niat,kalau saya bawak keluar kek 50 biji,saya mesti balik dengan kotak kosong. Kalau dibawa kek ulang alik,macam tak best pulak. Jadinya, akan cari cara untuk habiskannya. Supaya dapat cepat-cepat jumpa kakak stokis yang disayangi.

Singgah sebentar ke bakal outlet. Owner pulak tak ada nak propose kek. Call, dan minta izin tinggalkan sampel. Settle.

Next destination.

Dah restock satu outlet. Kek susut sedikit ke 50 biji. Masa untuk ke outlet seterusnya. Sebelum tu, dalam hati berkira-kira nak solat. Sebab dah jam 1.25 pm. Zuhur dah masuk. Macam nak solat di rumah saja. Tapi, hati kuat katakan, ' Allah tak bertangguh nak beri apa yang kau mintak,kenapa kau nak bertangguh tunaikan apa yang Dia mintak?' Masya Allah, apa yang aku fikir ni? Cari surau di outlet tu, Zuhur kejap. Submit...doa yang sama...

Masuk je kereta, rasa letih sikit. Tergerak nak check Whatsapp. Takdir Allah. Ada hamba Allah bertanyakan kek. Minta tolong hantarkan ke pejabat dia. Sangkakan mungkin dia mahukan 3 atau 4 bekas. Tapi dia nak 20 bekas! Ya Allah...sayangnya aku padaMu....Alhamdullillah..

Habis restock di outlet yang last, terus bergegas ke tempat dia yang Whatsapp tadi. Otw, dia call lagi, (mungkin juga sebab saya terlewat 5 minit). Dia mahu tambah lagi 10 bekas. In shaa Allah, kata saya. Sebab tak pasti berapa yang tinggal.

Sampai je pejabat dia,saya packing kek. Matematiknya begini.

Restock Outlet 10 + 20 = 30
Balance 60 - 30 = 30

Tapi bila packing,kek kurang satu. Baru teringatkan satu baby dah ditinggalkan untuk sampel tadi. Haha..sudahnya customer cuma dapat 29 bekas saja. Mujur dia tak kisah. Alhamdullillah.

Terkesan saya dengan kisah hari ni. Jujur saya sedang baiki diri. Hari ini saya bersyukur dengan bisikan hati. Allah sebenarnya sayangkan kita. Cuma kita sedar atau tidak saja. Banyakkan bersyukur. Kebaikan akan datang dengan banyaknya. Saya belajar lagi hari ini.

Dan tadi,customer yang sama mahu order lagi untuk esok. Kali ini,dia mahu satu kotak pula! Alhamdullillah. Saya dapat share rezeki dengan dia. Ada sesiapa nak saya share dengan dia juga?

Sayang kamu semua. Semua sekali. 

#givemanfaatgetsyafaat
Fayyza Ideas (Page)
 — feeling blessed while watching Mr CEO building a Teratak Rabbit nya.



Friday, November 29, 2013

Tadah Tangan


Sehari semalam temankan ibu di hospital,sungguh, beribu perkara saya dapat belajar. Berjalan-jalan ke katil pesakit lain, buat saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Banyak kali juga kita terlupa apa yang kita ada dek sibuk menjengah apa yang orang lain miliki. Astagfirullah..

Tengok orang yang kaki dipotong,saya bersyukur masih punya kaki. Mampu berjalan,berlari,memandu. Terfikir,adakah kaki saya ini digunakan untuk perkara yang baik-baik?

Tengok orang yang tangan berbalut,saya bersyukur masih miliki tangan. Saya renung,pegang,belai tangan saya. Periksa diri sendiri. Betul ke saya dah gunakan tangan saya ni untuk bantu orang,bersedekah tanpa rasa ujub..memberi tanpa rasa bangga? Ya Allah..

Tengok orang yang keras sakitnya..saya benar-benar bersyukur masih ada nyawa..ada nafas yang lancar,jantung yang berfungsi baik, in shaa Allah... Saya periksa diri lagi.. Adakah saya ni gunakan nafas ni sebaik-baiknya? Apa yang saya dah beri? Apa saya dah sumbangkan? Adakah saya ni orang yang memberi manfaat? Allahuakbar.. Banyaknya, terlampau banyak nikmat yang Kau bagi..tapi,kami ini masih leka,masih lalai,masih degil tak mahu baiki ibadah,baiki hubungan sesama kami,masih memberi dengan mengharapkan penghargaan manusia..masih tidak menjaga hati sesama kami,masih tamak.. Astagfirullah..

Dan,di setiap solat,jom la kita sama-sama lama-lama sikit atas sejadah. Jangan nak cepat je habis solat. Jangan nak cepat je baca doa. Sebab kita sebenarnya 'berhutang' dengan Allah. Jangan lupa tu. Tangan tu ada kan? Tadahlah...tadahlah tangan tu...kita sama-sama ya..

#givemanfaatgetsyafaat


Friday, November 8, 2013

Barang Baru! Barang Baru!

Alhamdullillah. Irresistible Rendang Geget hampir menemui kita semua. Sabaaaarrr.. Ramai yang tunggu. Akhirnya, kami dah tiba ke peringkat terakhir sebelum mula menjengah pasaran yang luar biasa. Tunggu lagiiii...penantian satu penyiksaan. Tapi,hasilnya nanti amat berbaloi.... :)


Wednesday, November 6, 2013

Ha...Bertangguhlah Lagi!

Nak cerita ni,jap,jap...doa dulu. Tengah hujan ni.

Ok,sambung. Saya pasti kejadian yang saya nak cerita ni, pernah berlaku pada antara kita.

Cerita satu, malam semalam,suami saya ajak makan di luar. Kedai ni memang sedap la masakannya. Tapi bukanlah nak cerita pasal sedap tak sedap. Suami order nasi putih, tomyam, sayur dan burung puyuh. 

Saya ni sambil-sambil makan,dalam hati dok bercakap, 'nanti jap lagi nak rasa la tomyam dia...'

Tapi,dalam hati je la bercakap,tak terluah pun. Sudahnya, lepas makan,saya pun baru nak capai mangkuk tomyam, tengok-tengok dah ada tisu dalam tu. Frust ke frust? Nampak tak? Silap saya...saya memang dah sedia maklum,jadi habit suami,akan buang tisu dalam pinggan,dan mangkuk tomyam menjadi pilihannya. Sup tomyam masih ada,silap saya sebab hanya bercakap dlm hati. Tak luahkan. Nampak tak? Lambat bertindak a.k.a bertangguh. Plan nak buat,tapi tak buat. Nasib la...

Cerita dua, pagi tadi gas habis. Jadi kami pun ke pekan nak beli gas. Nampak je kedai runcit jual gas,sebab dah terlajak, patutnya boleh je berenti reverse keta sikit,tapi kami decide nak ke kedai depan dulu,beli barang dapur sikit. Kat kedai depan tu,belek-belek sayur,saya tak puas hati. Keluar balik, masuk keta,nak gi kedai gas pulak. Masa terbuang kat kedai sayur,tapi tak beli apa-apa.

Tiba je kat kedai gas tadi,tiba-tiba tutup rapat. Close. Eh,tutup pulak kedai ni? Ke kita silap tengok ya tadi? Taklah. Tadi elok bukak kedai ni. Kejap-kejapan pulak dia tutup. Suami bersuara, 'orang melayu,suka-suka bukak,suka-suka tutup'.. Saya yang masih berkerut dahi, marah diri sendiri... 'lambat bertindak...'

Nampak tak? Asyik plan memanjang,bertangguh,lambat membuat keputusan,tak bertindak cepat...itu yang saya belajar. Asyik nanti,nanti aje. Hasilnya sangat tak best. Lepas ni,mesti kena cepat fikir. Fast Action, Fast Result! Tak faham-faham lagi ke?

Last part, terpaksa la kami ke kedai jauh sikit dari pekan, mujur ada kedai jual gas. Kedai ni jarang sangat tutup. Sabtu Ahad pun dia bukak. Orangnya siap angkatkan gas ke dalam kereta.

........dan kedai ini adalah milik orang Cina. Hm...nampak tak permainan dia?

Kbai.

Sayang semua banyak-banyak.

#givemanfaatgetsyafaat

Friday, November 1, 2013

Lend Me Your Ears



English la pulak ya. 'me no spik inglish'..

Ok,serius. Pernah tak anda alami,berjumpa pertama kali dengan seorang manusia, baru je kenal, dia bercerita tentang masalah atau ujian yang sedang dia alami. Untuk menambahkan lagi efek,dengan dia,dengan anda-anda sekali menangis kesayuan. Pernah tak?

Apa yang kita fikir ya? Adakah orang itu memang mencari seseorang untuk menjadi tempat luahan,dan atas dahi kita pulak,ada tulis 'Kaunter Pertanyaan' atau 'Kaunselor Awam'?
Cuba kita fikir,kenapa agaknya orang ni bercerita pada kita? Punyalah ramai umat manusia,kita jugak la yang menjadi pilihan hati.

Sebenarnya kan,tanpa kita sedar atau pura-pura tak sedar,Allah menjadikan sesuatu perkara itu,ada sebabnya. Barangkali dengan mendengar luahan orang,kita akan lebih bersyukur dengan situasi kita.
Barangkali juga mengajar kita lebih menghargai orang lain. Barangkali juga mendidik hati kita agar bersangka baik.
Dan boleh juga mengajar kita bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik lagi cemerlang.

Kawan-kawan,jadilah pendengar yang baik. Bila datang kepada kita, insan sedih yang sedang menghadapi kerunsingan,dengar luahan dia. Genggam tangan dia,pandang ke dalam mata dia,selami jiwa dia. Biarkan dia luahkan segalanya. Kalau boleh, peluk dia (bergantung kepada jantina dan hubungan anda ya).

Kadang-kadang yang datang pada kita ni,bukan nak dengar nasihat pun. Mereka cuma perlu seseorang untuk mendengar saja. Nanti lega lah dia.

Begitu juga bagi yang sudah ada pasangan (yang halal),setiap genggaman tangan,pandangan kasih sayang..tu semua jemput pahala tu. Peluk pasangan,lagi ketat pelukan lagi bagus,dengar betul-betul apa dia nak cakap,pandang mata dia dalam-dalam. Biar dia tenggelam..haha..

Dah habis dia cakap,baru la bagi nasihat. Lemah lembut,berhemah. Susun ayat kasik power. Kalau tak reti susun ayat,mintak dia bagi masa untuk anda buat draf dulu. Biar dia tau,dia tak sorang-sorang.Ha,gitu. Ni kursus kawin ke apa ni?

Macam tu juga dengan ibu,ayah,adik beradik...belajar untuk mendengar. Sebab tu sikit masa dulu famous dengan 'listen,listen,listen'. Masalah kita,tak nak dengar. Cikgu cakap,tak nak dengar. Mentor cakap,tak nak dengar. Orang nak cerita masalah,minta pendapat,lagi kita bolayan.

Belajarlah untuk mendengar ya. Dari situ kita belajar untuk jadi penasihat yang baik. Jangan stress, bersyukurlah kita dipilih Allah untuk menjadi penenang hati,penyejuk jiwa hamba-hamba yang menghadapi ujian. Biasa-biasakanlah menenangkan dan menggembirakan orang lain. Apa kita beri,itu juga kita akan dapat.

Janji Allah itu PASTI

Saaaayaaannnggg semua sebab membaca..

#givemanfaatgetsyafaat


Thursday, October 24, 2013

Sayur Manis VS Sayur Tawar

Semalam hari Selasa kan? Di tempat saya ini ada sebuah pasar pagi setiap hari Selasa. Sejak setahun lepas,saya tinggal di sini, di kawasan agak perkampungan. Tapi tidaklah kampung sangat.

Ni saya nak cerita. Di pasar pagi ni ada beberapa gerai yang menjual sayur-sayuran. Cakap je la sayur apa nak? Semua ada. Sayur kampung ada,sayur bandar pun ada. Tapi yang saya perasan, ada satu gerai ni,sayur-sayuran diorang ni maniiiiissssss sangat. Sayur manis? Manis macamana tu? Manis macam gula pasir ke?

Ha...nilah nak cerita ni. Gerai diorang ni memang jadi pujaan, ramai yang menyinggah. Ramai betul. Memang penuh.Yang penjual-penjualnya ni,orang lelaki semuanya. Muda juga orangnya. Ada tiga orang. Nak tau macamana diorang berniaga? Jangan tak percaya.

Pertama: masuk je gerai diorang,kita rasa macam gerai milik bapak kita. Sebab apa? Diorang dengan wajah yang manis, senyum, bagi salam pada kita. Tanya khabar. Pastu hulur bakul. Tak payah mintak-mintak. Teman tapi mesra gitu.

Kedua: lepas je pilih sayur,diorang akan kira dengan kuat dan jelas. Clear dapat dengar sebatu. Diorang akan bagitau harga sayur untuk sekilo,kemudian kira yang kita punya. Serius saya rasa macam dalam kelas Kumon (sebab diorang guna mental calculation). Jadinya kita ni pun nyibuk la juga nak test matematik kita. Terror ke terror?

Ketiga: yang ni memang saya dah perhati sejak dulu,tanpa gagal, diorang dapat je duit kite,diorang terus akan ucap Alhamdullillah, pesan kita jangan lupa amik barang,pesan lagi,jalan baik-baik.

Sebab tu saya cakap,sayur yang diorang jual ni,maniiiissss sangat. Sebab cara dia melayan 'tetamu' dia tak sama macam gerai sayur lain. Sayur gerai lain tawar. Mentor,Puan Anis Cmc pun ada cakap pasal ni...senyuuuuummmm...senyum tu kan dapat menarik-narik rezeki?

Senyum tu kan sedekah yang paling simple? Tapi jangan pulak kita dok senyum kat tabung masjid/surau pulak sebab nak bersedekah. Iklan,ala,gurau pun tak boleh..!

Part yang paling best sekali...

Nak tau apa lagi yang menarik pasal gerai ni? Gerai ni terletak di bahagian huujuuunnngg sekali kat pasar tu. Dan yang paling menarik,saya tahu,sedar,ada di antara sayur yang dijual tu,harganya lebih tinggi sedikit dari sayur gerai lain!

Nampak tak permainan dia? Kenapa orang masih sanggup jalan jauh sikit untuk beli dari dia? Sebab......macam saya cakap tadi..sayur yang diorang jual...maniissssss sangat...

#senyummmmm
#berimanfaatdapatsyafaat



Wednesday, October 23, 2013

Nak Berjaya, Kena Jadi YB

Nak berjaya kena jadi YB! Baru boleh berjaya. Kalau tak jadi YB macamana nak berjaya? YB tu apa? YB tu Yakin dan Berani! Bukan YB yang lagi satu tu.

Itulah yang pak enchek (suami) saya selalu cakap. Kalau Berani aje, tapi tak Yakin buat apa? Barulah saya tahu apa yang dia nak sampaikan pada saya. Saya memang berani, tapi kurang,kurang ya bukan tak...yakin.. Itulah sebabnya saya mulakan dengan menjadi dealer Anis Choc Moist Cake yang meliur-liur sedapnya tu.

Sebab apa? Sebab nak latih diri saya berani dan yakin jumpa dengan orang,bercerita,belajar bercakap,belajar tengok mata orang,belajar baca bahasa tubuh,belajar kenal orang,belajar memberi,belajar berkongsi.

Itulah yang saya buat. Sebab apa saya pilih Anic Choc Moist Cake? Sebab.....mentor dan cikgu saya yang dihormati, Dr Azizan Osman dalam buku dia 'Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan' muka surat 21, ada cakap... '.....strategi agen dapat membantu kita meningkatkan kemahiran menguruskan produk sendiri apabila tiba masanya nanti.' Tak percaya,baca sendiri.

Jadinya,saya selalu bagitau diri sendiri,kalau tak berani,macamana nak mula,kalau tak yakin macamana nak berjaya? Tiapkali saya keluar masuk outlet nak restock kek,saya teringatkan susah payah Puan Anis Cmc bawak bakul penuh kek. Saya kena berani,kena yakin,kena kuat!

Satu lagi latih tubi kami ialah angkut kotak kek,bawak bunting,duduk tepi laut. Ramai juga family yang tengok. Malu? Bohonglah kalau tak malu langsung. 'Biawak' dah mula cucuk2, 'baliklah,takde orang nak beli pun'...'dah la tu,buat apa nak susah macamni?'.. Tapi,saya tepis-tepis biawak-biawak tu laju-laju. Tergolek-golek diorang jatuh dalam laut. Ha,amik kau! Kacau lagi!

Petang tu,hasilnya biasa saja. 10 bekas terjual dalam 10 minit. Ok juga kan? Yang penting,saya puas hati sebab dapat melawan rasa takut dan kukuhkan rasa yakin. Untuk langkah awal ini, 'what matters is not the outcome,it's the effort'.

#berimanfaatdapatsyafaat



Monday, October 21, 2013

Relaks....jangan confuse...

Salam semua :)

Ada yang bertanya, adakah saya sudah tidak berkarya lagi? Ramai juga yang mengenali kami suami isteri adalah pasangan crafter. Relaks, jangan confuse. Kami masih lagi crafters, cuma kami ingin fokus kepada sesuatu yang baru. Sesuatu yang menjadi matlamat saya pada asalnya. Jauh dari bidang quilling yang sangat kami sayangi.

Masih lagi membuat kad, quilling yang sudah sebati dengan kami. Meja kraf kami masih rapi tersusun. Ada masa-masa tertentu,kami akan berehat sambil menggulung kertas. Masih ada passion. Ada perancangan terbaik sebenarnya. Cuma buat masa ini, kami memberi masa untuk diri kami menumpukan perhatian kepada bidang baru ini. Baru tak baru juga. Cuma lebih fokus. Dan blog ini kami takkan biar sepi. Akan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan kami dengan perkongsian yang lebih bermanfaat. 

Saya secara peribadi sangat menghargai sokongan dan dorongan semua. Baik yang comment, Follow atau pun silent readers. Sayang kamu semua.  :)

Jaga diri ya.

#givemanfaatgetsyafaat

photo from : istockphoto

Thursday, September 19, 2013

Projek Baru! Semangat Baru! Idea Baru!


New things coming soon! Dalam hidup perlu berubah. Bukan bermakna kita jemu dengan apa yang sedang dilakukan, tapi perubahan juga perlu sejajar dengan keadaan semasa.

Ramai yang menyokong Fayyza Ideas selama ini. Dan kami berharap kita sama-sama menantikan produk baru kami. Minta doa dari semua agar dipermudahkan. Jaga diri,semua! :)

Thursday, July 25, 2013

Designed Photo Frame (Untuk Mak & Ayah..katanya.. :)

Jika diberi pilihan,kita rasa lebih mudah memilih warna untuk wanita,tapi untuk lelaki,agak mencabar juga. Mujur customer yang seorang ini sangat fleksibel. Kami pilih untuk memasukkan warna asas,untuk menampakkan 'kemaskulinan' design frame. Haha...tak pasti menjadi atau tak,yang pasti,dia sangat suka.Maka,saya boleh tidur dengan lena :)




Item : Designed Gift Frame
Size : 20 cm x 28 cm
Quilled : Plain Roses, Curve Roses, Malaysian Flower
Theme : Turqoise,Peach,Blue,Light Green,Yellow


 










Tuesday, July 16, 2013

Easel Card Sana Sini (Easel Cards Everywhere)

Memang seronok bila cuba sesuatu yang lain dari yang selalu buat. Entah sejak tahun bila,memang dah plan nak try buat easel card ni,tapi,biasalah,hangatnya sekejap saja. Tibalah suatu hari tu,terasa macam nak buat ready-made cards. So,bila ada sesiapa yang tanya 'ada kad yang dah siap tak?',bolehlah kite tunjukkan kad ini. Sayang seribu kali sayang,bila dah siap pulak,timbul satu cabaran lain. Rasa macam nak simpan sendiri pulak..huhu...cabaran kan.. Prof Muhaya kata,gantikan perkataan 'masalah' dengan 'cabaran'..hee... sila lah menjamu mata.. :)

Selamat Berpuasa :)























Thursday, July 11, 2013

Bahasa Kebangsaan Kita (First Post In My Language)

Tiba-tiba rasa macam nak post dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu,kebanggaan kita. Hari ni sudah 2 hari kita berpuasa. Cuaca hujan,sejuk. Syukur. Selamat berpuasa ya.
Dalam berpuasa ni,eloklah kita selalu mendoakan saudara-saudara kita yang tidak seselesa kita di sini. Sedih, kan? Jangan lupa doakan mereka ya.

Ok,bulan lepas, kite ada mengikuti kursus anjuran INSKEN dengan kerjasama uniRAZAK. Kursus untuk Skim Usahawan Siswazah. Memang banyak sangat yang dapat dipelajari.Terlalu banyak. Benda-benda yang tak pernah terlintas di fikiran pun ada belajar kat situ. Kursus selama satu minggu. Kat hotel Emperor, Melaka. Murah sangat kos dia. Cuma RM 250 sahaja. Diulangi sekali lagi, DUA RATUS LIMA PULUH SAHAJA. Makan tanggung oooo.... Korang pun kalau ada kesempatan,pergilah kursus tu. Berbaloi...

Makanya,bila dah balik kursus,perlulah dipraktikkan apa yang dah belajar,kan? Taklah membazir masa dan wang yang dah digunakan tu. Ada beberapa idea bisnes yang akan direalisasikan. Kiranya kursus ni dah macam trolley yang menggelungsur dari elevator yang rata tu..laju je dia menolak kite. Nanti kite cerita apa idea kite tu ya. Buat masa ni, belajar dulu apa yang basic. Tungggguuuuuuu....

p/s : eh,eh..best jugak buat post dalam bahasa melayu ni ya! yang tak faham tu,pandai-pandailah guna Google Translate ya... :)

kbai! :D

Yeay! Dapat Sijil tau...sijil ni sangat-sangat penting...penting untuk apa? penting kalau kita nak apply loan untuk bisnes nanti..hah.. :)

Saturday, June 22, 2013

Happy Mother's Day

Pink roses for Mother's Day...

I love the design and idea.And i'm glad to know that my friend's mum also love it! :D


Wednesday, May 22, 2013

Hand sign for Convocation

Photo Props for convocation ceremony. Just a simple one :)


Door Gift for Aqiqah Ceremony

Door gift for Aqiqah

*Aqiqah, in Islamic terminology, is defined as sacrifice of an animal on the occasion of a child's birth.

The performance of Aqiqah is highly encouraged. It is to be performed by the parents or the guardians of the child. Prophet Muhammad (peace be upon him) and his companions used to perform Aqiqah when they were bestowed with a newborn.  


For details of the meaning of Aqiqah,please visit  What is Aqiqah?

 

Wednesday, April 3, 2013

Roll...rolling...bookmarks...

Here is just a simple bookmarks i plan to give to my workshops partipants..it's simple but tiring..huhu...but i'm happy... :')


Sunday, March 31, 2013

Think big...(rose)

It's our first time trying out this kind of roses.Yes,it's simple actually but really need a lot of practices. Somehow,i still love the quilled roses..hee.. :)



Tuesday, March 26, 2013

Rose In The Middle?

Haha..sorry for the title...i'm just not sure what can i call the type of paper flower..but it's the first time we use  gold and cream theme for a frame..not bad,i think.. :)



Friday, February 22, 2013

Swing My Love

Hi all,how's your day today? What will you do if you have a short time to draft and design a never-seen frame? This is what i did..haha! It's a friend's wedding,and my friend and i plan to do something for her on her wedding day.I did not attend the wedding though,but i'm glad that she really appreciate it. Here's a just simple yet full-of-sweat design...it's easy to quill it..but to let it stay,glued...hm,you know well .. :']
Take care and have a nice weekend! (",)


Sunday, January 27, 2013

Roses at the corner

That's what i call it. Roses at the corner. I have to clear all post for 2012 projects. So,this is one of it. Just like i told you before, sometimes customer won't let you grow, because they like it just the way it is. Haha! Take care! :D


It's a F.E.L.T

Hi all, how's your day,today? This time i wish to show you my last year project. Yes,it is felt. And i have no experience in making anything using felt. Just a try and Alhamdullillah, it works! However i just need to practice more in order to get better shape cutting.Afterall, practices, and that's all it takes. It is for an engagement day for my brother's friend.So,why not just give it a try? :)


Wednesday, January 23, 2013

Your Love is Like Magnets

Remember my last post on fridge magnets? Ok,this is the full story of it. I had to stay with my mum nearly one month when my husband had to go for an outstation. My mum loves fridge magnets so much. She got a lot of it. So, that's where i got the ideas. I use a mounting board, scrap paper as the background and stamps and also stickers. Why don't you give a try? Take care! :D



Tuesday, January 22, 2013

I'm Back Again with more... :)




Hello all,whoa! my blog became dusty again. And now, I'm back with more updates and latest projects. Err..some of it is my last year projects..ngeee...take a tour! :D

Lesen Creative Commons
Fayyza Ideas dilesen dibawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang peniruan atau pengeluaran semula adalah dilarang sama sekali dan perlu mendapat kebenaran daripada artis dan pemilik blog.

Visitors